salam

Monday, December 6, 2010

i never quit being a muslimah

Assalamualaikum saudari syurga ^ islam

Jazakillah khairan atas awardnya..
Insyaallah diri ini akan berusaha dengan lebih gigih lagi
untuk menjadi seorang muslimah yang sejati..

I pray,
may Allah guide and assists us all
in being a true muslimah..




::Rules to get diz award::

:: 1~ say Alhamdulillah.. ::

::2~ copy paste diz picture then write the tittle " i never quite being a muslimah" ::

:: 3~ lafazkan rasa cinta pada sahabat antunna kerana Allah ::

:: 4~ tagged kan pada sahabat blogger tersayang ::



Alhamdulillah ya Allah 
kerana mengurniakan diri ini sahabat3
yang mampu membimbing diri ini.
Seperti mereka..

Nawal
Akmal 
Faizah
Hajar
Nadhirah
Husna
Nadiah
 Majidah
Sarah
Maryam
Syakirah
Sakinah
Syazwani
Aimi
Syamila
Sufiyyah
Ezzah
Farhana
Uzma

dan semua muslimah3 di luar sana...

Syukran ala kulli hal!
Barakallahu lakunna..
Uhibbukunna fillah!


Until then..
Wassalam.

Salam Ma'al Hijrah 1432H...

 
Assalamualaikum semua..
Bagaimana khabarnya (rohani, akal dan jasmani)?
Insyaallah semuanya sihat3 belaka..ameen.
 
Sempena Ma'al Hijrah ini,
diri ini ingin memohon 1001 kemaafan 
andai ada salah dan silap yang pernah diri ini lakukan
sepanjang tahun 1431H yang baru sahaja lalu ini.
 
Semoga pada tahun 1432H ini kita sama3 dapat ber'hijrah' 
ke arah yang lebih positif.
Dan semestinya 'hijrah' tersebut 
haruslah berserta dengan niat yang betul.
Kerna...
 
 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab r.a katanya: 
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  
"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang diniatkan."
 


So, 
sahabat3 marilah kita mulakan peng'hjrah'an kita 
pada tahun baru ini dengan niat 
hanya kerana Allah yang Maha Esa
agar semua perbuatan yang bakal kita lakukan
diredhai dan dirahmatiNya.




"Salam Ma'al Hijrah"
 

Until then.
Wassalam.

Thursday, November 4, 2010

Finals...

Assalammualaikum semua...
Sihat?
Harapnya begitu lah...

Huhu..the finals is just around the corner!
Sangat3 takut sebab belum bersedia...
[huhu.sepatutnya dah lama kena bersedia kan bloggie?]

Kenapa boleh tak bersedia lagi eh?
Maybe sebab masa yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya?
Erk..kemungkinan besar begitulah...

Mana taknya, STUDY WEEK..
tapi masih boleh pi jaulah sana sini...
shopping sana sini...
online lama3...
dan sempat lagi post kat bloggie nie...
ish3..muna..muna...

"Ya Allah berilah aku kekuatan untuk tetap 
di atas jalan jihad menuntut ilmu3Mu ini..
dan berilah keputusan yang cemerlang kepada aku 
dan rakan3 seperjuanganku,
sekiranya itu adalah yang terbaik buat kami"


 Final Exam Timetable

Oops, almost forgot...
Happy Birthday, Sanah Helwah and Selamat Hari Lahir 
kepada semua Octoberians yang disayangi... 
and to all Octoberians out there!
Sorry for the late wish...
But, may Allah always bless you all
and may He grant you with happiness hereafter...


1 October
UMI
MIM

5 October
AIN

6 October
YUNI

7 October
HANIS

10 October
SYAFIQA

12 October

ANGAH & UDE

16 October
FA

19 October
MAK GIE


26 October
AYU & AYONG


Ok..untill then.
Wassalam

p/s: GOOD LUCK for those who are sitting or will sit for their finals!
       Saling mendoa'kan ye..

Sunday, October 24, 2010

Tensed Up

Bismillah...

[Bloggie sayang, you know what?
I've missed telling you stories..
So, today I'll share with you some of them.]

Final exam is just around the corner!!!
but it seems as if I've not yet reached my level of satisfaction..huhu

If the final exam is just around the corner,
then..final projects, assignments, quizzes, tests
are like a pile of unfolded clothes..(oops!)
Allah help me!!!


mana satu nak buat dulu ni?  



For this coming week only,
there's 9 major tasks that i should do or submit..
Now i really know how hard it is being a student..(ceh.padahal dah lama tahu..)

When time gets so packed like this,
everything seems to be wrongly done and
everyone seems to get really moody for no reason..
Kenapa ye?

Maybe because of the last minute works that everyone gets tensed up with...
But there's so many assignments and final projects to be done! (alasan lagi..)

-English Report and Oral Presentation
-Maths Presentation and Assignments
-Audio and Video Final project
-Programming Report and Lab Assignments
[banyakkan bloggie?]

Muna...ingat lagi tak pepatah melayu,
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
[thanks bloggie for reminding me..muah3!]

If there's a will, there's always a way.
Allah will always guide you the way.
Even though sometimes you don't quite see it. 
So, work all out and be patient!
Allah will surely grant you with something unexpected.

Umi, abi, along, angah, adik
and fellow friends, pray for me
-in becoming a good student and
-achieving high grades for this semester   
 
Until then..
Wassalam

p/s: sorry for all the grammatical errors..

Friday, August 6, 2010

Khasiat Buah Tembikai

Assalamualaikum semua.
Sihat?
Hehe.cerita tentang kesihatan ni,
Kali ini diri ini nak kongsi sikit tentang
khasiat buah tembikai..

To everyone's information...
I'm a number one fan of watermelon..hehe.nyum3!

Nikmatnya!

Petikan diambil dari buku Quran Saintifik
[Dr.Danial Zanial Abidin]

Abu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,
" Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buah tamar basah."

    Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi
antioksidan lycopene yang mampu menjegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease
Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari
Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi
lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser
terutamanya kanser prostat.

    Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.
kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana
ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping
mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di
Universiti harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser
di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser
ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.


tembikai kuning


   Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium)
Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai,
dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam
penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah
dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor  Madya dalam bidang
fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine.
Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol)
daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

  Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik,
sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi
dalam kandungan daripada mengalami kecactan dan penyakit
jantung. mengikut Prevention's new Foods for Healing Guide,
kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi
yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar
yang mencukupi, berisiko lebih renmdah mengalami kecacatan otak
dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.


tak sabar nak balik rumah untuk buat air tembikai...


Subhanallah...
BANYAK kan khasiat buah tembikai.
Antaranya, dapat mencegah penyakit kanser.
Itu lah antara nikmat3 yang telah Allah turunkan
kepada kita umat manusia.
Cuma, semuanya bergantung pada diri kita sendiri
samada mahu bersyukur atau pun tidak.

"Fa bi aiyi alaai rabbikuma tukkaziban?"
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)


Konklusinya,
"Some slices of watermelon a day, keeps the doctor away!"

Ok,
until then...
Wassalam.

p/s: jangan lupa makan tembikai setiap hari!

Tuesday, August 3, 2010

Life at Campus

Assalamualaikum semua...
Lama kan diri ini tak meng'update'..huhu
Maaf3!

[Bloggie sayang, saya minta maaf..
Kesian awak..tapi saya dah pakaikan awak baju baru..
suka tak?
Jangan merajuk eh..
Insyaallah kalau saya free, 
saya akan update awak selalu ye..]

Alhamdulillah dah nak masuk sebulan
dekat sini...
Macam3 yang berlaku...
Tapi lain kali lah cerita..
BANYAK sagat!
(ceh.alasan!)

Now,
living in a new environment,
new room plus a new roommate...
So far, so good =]


A brand new sem with happening lecturers.
Love them!

Subjects?
BANYAK!
To be specific, 7...
which equals to 17 credits...
Just hoping that I could do my very best..
(jagan lupa doa'kan ye kawan3)

Assignments?
Semestinya BANYAK jugak..hehe
tapi sementara waktu nie,
there's still time to sleep in my daily schedule..ngee~~
Wait until the mid sem...everyone's gonna be a zombie!

Oops, almost forgot...
I'm now a senior....(rasa dah tua pulak)
Alhamdulillah junior semuanya sporting3 blaka..=]

Not to forget,
Tahniah kepada kawan3 yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai!
Miss you guys!
Especially, Miss Ong!!!
All the best in your studies!
Kalau ada masa lapang,
datanglah jenguk3 kami di sni...
Miss Ong =]

To umi n abi at home,
I really miss both of you!
Insyaallah akak akan belajar bersungguh3
But, I do need your doa's too...

Untill then,
Wassalam...

Derma Darah???

Bismillah...
Assalamualaikum semua...
Sihat?
Harapnya begitulah...

Hmm...nak cerita sikit...
Pagi tadi, at about 10++ diri ini ke Dewan Besar UTMIC.
Kononya nak pergi derma darah.
Cuba nasib orang kata...
Semangat duk ajak kawan temankan...hehe



Mula3 time masuk dewan rasa gementar sikit...
First time lah katakan...
Tapi semangat nak derma tue masih ada...
hehe...hammasah!

Lepas isi borang,
pergi timbang berat badan 
(alhamdulillah lepas...antara syarat3 nak derma darah:
you must at least weight 45kg...)

and then buat blood test 
[nurse yang test tue tanya: kenapa ni dik? takut ke?
diri ini: takut jugaklah kak...first time nie...sakit tak?
nurse: tak pe dik...tak sakit pun...blood test nie je yang sakit sikit...
diri ini:ooh..ok (dalam hati...betul ke nurse nie???)]
Hasilnya diri ini berdarah B....

Lepas tue pergi buat medical check up dengan doktor pula...
Hmm..he did his usual job...and checked my slip...
jeng..jeng...jeng...
Our conversation starts...
doktor: hmm..kat sini adik tulis yang adik pernah tinggal kat uk...
diri ini: ha'ah...kenapa?
doktor: sebenarnya dik, polisi negara nie
            kalau seseorang tue pernah menetap di oversea...
            secara automatiknya dia tidak dibenarkan
            untuk menderma darah....
diri ini: ooh...hmm ye ke?
doktor: betul dik...maaf ye...
diri ini: hmm doktor, adakah untuk selama3nya?
doktor: ha'ah permanently cannot...
            sebab tue adalah salah satu cara untuk
            prevent daripada apa3 virus dari luar...
diri ini:ooh...hmm tak pe lah saya faham (walaupun rasa sedikit hampa)

Diri ini tadinya begitu semangat nak menderma darah terus rasa down...
Tak boleh derma darah forever?
Permanently cannot the doctor said...huhu
But when I think back, mesti ada hikmahnya kan...
Tapi apa ye?
Maybe sebab diri ini belum cukup mantap imannya...
So, Allah tak nak lah darah seorang hamba yang hina ini
mengalir dalam diri hambanya yang lain..huhu
Apa3 pun...
Thanks Allah for everything!
Sesungguhnya hanya DiriMu sahaja lah
yang mengetahui hikmah disebalik segala kejadianMu
dan juga apa yang terbaik buat hamba3Mu..
diri ini redha...

So, kepada anda3 di luar sana yang teringin nak menderma,
pergi lah...bukan anda sahaja yang akan mendapat manfaatnya....
tapi si penerima juga...

Wassalam...

Saturday, May 15, 2010

Andai Ada Kasih Antara Kita...


Assalamualaikum ya ukhti, ya akhi...
Lama ya diri ini tak meng'update' blog..huhu
Kenapa?
Sebabnya,
baru sahaja ada ilham dan pengalaman yang baru...

"Andai ada kasih antara kita"

Wahai sahabat3 KKJ (Kembara Ke Johor) yang diri ini kasihi,
sesungguhnya peluang dan pengalaman
yang kita kongsi bersama itu,
tiada tolok bandingnya...

Kehadiran kalian mengingatkan diri ini kembali
pada sahabat3 R2J3...
(Kak Rusyda, Kak Nisa', Kak Aina, Kak Esti,
dan juga teman3 yang lain...)
dan kenangan indah bersama mereka...

Semoga ikatan persaudaraan yang terbina ini,
bukan hanya terbina atas dasar persaudaraan biasa...
tetapi lebih dari itu.
Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Andai ada di antara kita yang jatuh,
maka bimbinglah ia..
agar kita bersama3 kembali melangkah menuju ke syurgaNya...

Ana Uhibbukum Fillah!


Abadan fi Qalb!



Sahabat Perjuangan
(Tazakka)

Pertemuan kita kali ini
Bukan sekedar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan

Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Allah memberkati

Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran

Reff:
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorban
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita


Semoga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke akhirnya! 


Sehingga bisa ketemu lagi...
Insyaallah...
Wassalam.

Thursday, March 18, 2010

Ya Allah..KAU ampunilah aku...

Bismillahirahmanirahim... 

Kernaku tahu...
betapa banyaknya dosa yang telahku lakukan selama ini...
Ku pohon makrifah dan keampunan dariMu ya Allah...
Hanya padaMu ku mengharap...

Kau ampunilah aku Ya Allah!
Kau redhailah hidupku Ya Allah!

Walaupun aku tahu aku tak layak ke syurgaMu,
Tapi aku juga yakin bahawa aku tak sanggup ke nerakaMu... 
Oleh itu Ya Allah sekali lagi aku pohon keampunan dariMu Ya Allah...
Kerna sesungguhnya Kau lah yang Maha Pengampun.
Yang bisa mengampuni dosa hamba3nya...
walau sebesar manapun dosa yang telah mereka lakukan...


KeredhaanMu
[In-Team]

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
 

HambaMu yang kerdil lagi hina...





Tuesday, March 16, 2010

HE's Always by Ourside...

In the name of Allah The most Gracious The Merciful...

Have you ever felt down?
Give up?
Loose Hope?
Don't think like continuing?

Well, it just happen to be that 
I'm in those kind of situations...
Why?
I really don't know!
But what I do know...
I'm stuck in those situations 
where it seems like I'm loosing hope...
and lost my spirit to continue on....

It really is hard being in these situations...
where what you see is just darkness in front of you...
and your future seems like now where to be seen...

I don't know why I'm facing this matter...
Maybe...just maybe it's because Allah wants to test me...
to see how far I could go without HIM..
or how much I really want HIM beside me..
But I do really wish HE will always be by my side... 
because I sure can't live without HIM!
HIS love...
HIS guidance...
HIS mercy...
It's incomparable!

[Maher Zain-InsyaAllah]

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InshaAllah x3
InsyaAllah you’ll find your way

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InshaAllah x3
InsyaAllah you’ll find your way
InshaAllah x3
InsyaAllah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
InshaAllah x3
InsyaAllah we’ll find the way

All the best friends in finding HIS way...
InsyaAllah HE'll guide you...
Pray for me too in gaining back my spirit...
Wassalam. 

Friday, March 5, 2010

Janji Kita...

Bismillahhirahmanirahim...
Assalamualaikum...

Tiba3 diri ini terkenangkan sahabat3 R2J3...
huhu...
-Nawal Saudah (KMJ)
-Hajar Fatimah (KISDAR)
-Aimi Nadiyah (IBT)
-Nadiah Husna (KMJ)
-'Uzma (USIM)
-Sakeenah (UTMIC KL)
-Mardhiah (IPGM KT)
-Zainab (Politeknik Merlimau)
-Nadhirah (USIM)
-Zati 'Arifah (IIC)
-Muna Majidah (USIM)
-Maryam Atikah (UIA NILAI)

Kalian ingat lagi tak nasyid ni?
Janji Kita (Mirwana)...
Setiap kali jumpa je mesti nyanyi..
The nasyid that resembles our times together... 
and janji3yang telah kita ikrar kan bersama...
huhu...
Merindui kalian!!!
Lama sangat3 tak jumpa...
Nanti time semester break, kita jumpa yok!
Nanti boleh nyanyi sama3 lagi...
hehe...






Janji Kita
[Mirwana]

Inilah janji kita oo...
Bersama zahirkan mimpi jadi nyata

Hari anugerah indah
Ceria tersulam mesra
Istimewa bermakna...
Irama kejayaan
Kini kita nyanyikan
bersama kesyukuran

Bila kejayaan sudah digenggaman...
Tunaikan azammu zahirkan impian...
Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
Kotakan cita perjuangan

Detik silam menduga
Mencorak suka duka...
Menguji semangat jiwa
Cita-cita terbina
Mengukuhkan setia
Tabah menjejak bahgia...

Inilah masanya...buktikan segala....

Inilah janji kita oo...
Bersama zahirkan mimpi jadi nyata }2X

Bila kejayaan sudah digenggaman...
Tunaikan azammu zahirkan impian...
Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
Kotakan cita perjuangan


Inilah janji kita oo...
Bersama zahirkan mimpi jadi nyata...





Hope to meet you girls soon!!!
Wassalam...

Monday, January 25, 2010

Siapa tahu?

Assalamualaikum semua...
It's been a long time since my last post.
Btw, ada siapa-siapa yang tahu tak
tajuk kepada lirik nasyid ni???
Dah lama nak cari,
tapi tak tercari...
So, conclusionnya....
kali ini diri ini terpaksa minta jasa baik kalian...


Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan...

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Illahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnahkan pedoman hidup
Menyimpang hatiku ini
Ke lembah kehinaan...

Dalam kagelapan itu terbit cahaya dariMu
Memandu hambaMu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketakwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku
Menuju SyurgaMu
Dan Kau tunjuki dengan hidayahMu
Hanyalah padaMu
Kuharapkan diri mohon keampunan...

Wahai yang Maha Pengasih
Bantulah hambaMu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepadaMu
Memohon limpah rahmatMu

Mentari hidupku
Kan bersinar kembali...

Ok...
Sekali lagi,
diri ini pinta...
kepada siapa-siapa yang tahu tajuk nasyid ni...
please tell me.
Jazakallah khair..
Thank You...
Terima Kasih...
Arigato...

Wassalam....




wahai teman-temanku...

~CiNta~