salam

Friday, August 6, 2010

Khasiat Buah Tembikai

Assalamualaikum semua.
Sihat?
Hehe.cerita tentang kesihatan ni,
Kali ini diri ini nak kongsi sikit tentang
khasiat buah tembikai..

To everyone's information...
I'm a number one fan of watermelon..hehe.nyum3!

Nikmatnya!

Petikan diambil dari buku Quran Saintifik
[Dr.Danial Zanial Abidin]

Abu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,
" Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buah tamar basah."

    Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi
antioksidan lycopene yang mampu menjegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease
Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari
Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi
lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser
terutamanya kanser prostat.

    Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.
kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana
ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping
mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di
Universiti harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser
di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser
ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.


tembikai kuning


   Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium)
Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai,
dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam
penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah
dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor  Madya dalam bidang
fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine.
Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol)
daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

  Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik,
sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi
dalam kandungan daripada mengalami kecactan dan penyakit
jantung. mengikut Prevention's new Foods for Healing Guide,
kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi
yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar
yang mencukupi, berisiko lebih renmdah mengalami kecacatan otak
dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.


tak sabar nak balik rumah untuk buat air tembikai...


Subhanallah...
BANYAK kan khasiat buah tembikai.
Antaranya, dapat mencegah penyakit kanser.
Itu lah antara nikmat3 yang telah Allah turunkan
kepada kita umat manusia.
Cuma, semuanya bergantung pada diri kita sendiri
samada mahu bersyukur atau pun tidak.

"Fa bi aiyi alaai rabbikuma tukkaziban?"
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)


Konklusinya,
"Some slices of watermelon a day, keeps the doctor away!"

Ok,
until then...
Wassalam.

p/s: jangan lupa makan tembikai setiap hari!

3 comments:

sufiyyah zulkifli said...

yum2!
:)
thanks for sharing, :)

Rusyda said...

akak pule suke buah ni..
di sini disebutnya semangka..
tapi gak bisa makan tiap hari karena bisa bikin batuk2..uhuk..

SyaPhoenix said...

sikit perkongsian, tembikai tak elok dimakan bersama madu... :)

wahai teman-temanku...

~CiNta~