salam

Friday, August 6, 2010

Khasiat Buah Tembikai

Assalamualaikum semua.
Sihat?
Hehe.cerita tentang kesihatan ni,
Kali ini diri ini nak kongsi sikit tentang
khasiat buah tembikai..

To everyone's information...
I'm a number one fan of watermelon..hehe.nyum3!

Nikmatnya!

Petikan diambil dari buku Quran Saintifik
[Dr.Danial Zanial Abidin]

Abu daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah berkata,
" Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai
bersama-sama dengan buah tamar basah."

    Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Ia juga mengandungi
antioksidan lycopene yang mampu menjegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease
Control and prevention, Atlanta.Mengikut pengkaji-pengkaji dari
Universiti Harvard, lelaki banyak mengambil makanan yang mengandungi
lycopene mempunyi risiko rendah menghidapi penyakit kanser
terutamanya kanser prostat.

    Buah tembikai juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena.
kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan kerana
ia berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping
mencegah kanser. mengikut satu kajian yang dilakukan di
Universiti harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser
di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser
ini dan dengan itu mencegahnya supaya terus tumbuh.


tembikai kuning


   Tambahan daripada itu tembikai kaya dengan kalium (potasium)
Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai,
dia memperoleh lebih kurang 825mg kalium. Kalium adalah zat logam
penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah
dinyatakan oleh Dr.George webb, Profesor  Madya dalam bidang
fisiologi dan biofizik dari universiti Vermont College of Medicine.
Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol keji (bad cholesterol)
daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

  Di samping kalium, tembikai juga mengandungi asid folik,
sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi mencegah bayi
dalam kandungan daripada mengalami kecactan dan penyakit
jantung. mengikut Prevention's new Foods for Healing Guide,
kajian yang dilakukan ke atas 4,000 orang ibu mendapati bayi-bayi
yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar
yang mencukupi, berisiko lebih renmdah mengalami kecacatan otak
dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi yang lain.


tak sabar nak balik rumah untuk buat air tembikai...


Subhanallah...
BANYAK kan khasiat buah tembikai.
Antaranya, dapat mencegah penyakit kanser.
Itu lah antara nikmat3 yang telah Allah turunkan
kepada kita umat manusia.
Cuma, semuanya bergantung pada diri kita sendiri
samada mahu bersyukur atau pun tidak.

"Fa bi aiyi alaai rabbikuma tukkaziban?"
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?)


Konklusinya,
"Some slices of watermelon a day, keeps the doctor away!"

Ok,
until then...
Wassalam.

p/s: jangan lupa makan tembikai setiap hari!

Tuesday, August 3, 2010

Life at Campus

Assalamualaikum semua...
Lama kan diri ini tak meng'update'..huhu
Maaf3!

[Bloggie sayang, saya minta maaf..
Kesian awak..tapi saya dah pakaikan awak baju baru..
suka tak?
Jangan merajuk eh..
Insyaallah kalau saya free, 
saya akan update awak selalu ye..]

Alhamdulillah dah nak masuk sebulan
dekat sini...
Macam3 yang berlaku...
Tapi lain kali lah cerita..
BANYAK sagat!
(ceh.alasan!)

Now,
living in a new environment,
new room plus a new roommate...
So far, so good =]


A brand new sem with happening lecturers.
Love them!

Subjects?
BANYAK!
To be specific, 7...
which equals to 17 credits...
Just hoping that I could do my very best..
(jagan lupa doa'kan ye kawan3)

Assignments?
Semestinya BANYAK jugak..hehe
tapi sementara waktu nie,
there's still time to sleep in my daily schedule..ngee~~
Wait until the mid sem...everyone's gonna be a zombie!

Oops, almost forgot...
I'm now a senior....(rasa dah tua pulak)
Alhamdulillah junior semuanya sporting3 blaka..=]

Not to forget,
Tahniah kepada kawan3 yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai!
Miss you guys!
Especially, Miss Ong!!!
All the best in your studies!
Kalau ada masa lapang,
datanglah jenguk3 kami di sni...
Miss Ong =]

To umi n abi at home,
I really miss both of you!
Insyaallah akak akan belajar bersungguh3
But, I do need your doa's too...

Untill then,
Wassalam...

Derma Darah???

Bismillah...
Assalamualaikum semua...
Sihat?
Harapnya begitulah...

Hmm...nak cerita sikit...
Pagi tadi, at about 10++ diri ini ke Dewan Besar UTMIC.
Kononya nak pergi derma darah.
Cuba nasib orang kata...
Semangat duk ajak kawan temankan...hehe



Mula3 time masuk dewan rasa gementar sikit...
First time lah katakan...
Tapi semangat nak derma tue masih ada...
hehe...hammasah!

Lepas isi borang,
pergi timbang berat badan 
(alhamdulillah lepas...antara syarat3 nak derma darah:
you must at least weight 45kg...)

and then buat blood test 
[nurse yang test tue tanya: kenapa ni dik? takut ke?
diri ini: takut jugaklah kak...first time nie...sakit tak?
nurse: tak pe dik...tak sakit pun...blood test nie je yang sakit sikit...
diri ini:ooh..ok (dalam hati...betul ke nurse nie???)]
Hasilnya diri ini berdarah B....

Lepas tue pergi buat medical check up dengan doktor pula...
Hmm..he did his usual job...and checked my slip...
jeng..jeng...jeng...
Our conversation starts...
doktor: hmm..kat sini adik tulis yang adik pernah tinggal kat uk...
diri ini: ha'ah...kenapa?
doktor: sebenarnya dik, polisi negara nie
            kalau seseorang tue pernah menetap di oversea...
            secara automatiknya dia tidak dibenarkan
            untuk menderma darah....
diri ini: ooh...hmm ye ke?
doktor: betul dik...maaf ye...
diri ini: hmm doktor, adakah untuk selama3nya?
doktor: ha'ah permanently cannot...
            sebab tue adalah salah satu cara untuk
            prevent daripada apa3 virus dari luar...
diri ini:ooh...hmm tak pe lah saya faham (walaupun rasa sedikit hampa)

Diri ini tadinya begitu semangat nak menderma darah terus rasa down...
Tak boleh derma darah forever?
Permanently cannot the doctor said...huhu
But when I think back, mesti ada hikmahnya kan...
Tapi apa ye?
Maybe sebab diri ini belum cukup mantap imannya...
So, Allah tak nak lah darah seorang hamba yang hina ini
mengalir dalam diri hambanya yang lain..huhu
Apa3 pun...
Thanks Allah for everything!
Sesungguhnya hanya DiriMu sahaja lah
yang mengetahui hikmah disebalik segala kejadianMu
dan juga apa yang terbaik buat hamba3Mu..
diri ini redha...

So, kepada anda3 di luar sana yang teringin nak menderma,
pergi lah...bukan anda sahaja yang akan mendapat manfaatnya....
tapi si penerima juga...

Wassalam...

wahai teman-temanku...

~CiNta~